Monday, October 18, 2010

Tabloid Bawah Pokok – Siri 1

clip_image002

muka1:

Sekolah Kebebasan (School of Freedom)

Diasaskan oleh sekumpulan budak-budak U yang suka melepak, bersembang, berbincang, dan merapu.

Sebuah sekolah yang tiada di alam realiti, tanpa tanah, tanpa bangunan, tanpa bilik darjah, tanpa guru, tanpa peraturan, tanpa silibus, tanpa pak jaga, serta tanpa penyebok dalam hal ehwal pelajar.

Sekolah ini hanya wujud di dalam jiwa mereka yang merdeka.

Bawah Pokok merupakan suatu usaha daripada Sekolah Kebebasan (School of Freedom) mewujudkan satu budaya bebas berekspresi dalam universiti, dimulai di UM.

Bawah Pokok dijalankan di atas platform Sudut Pidato, namun pengisiannya dirojakkan kerana menganggap Sudut Pidato yang ada kini adalah bosan, dipenuhi anasir-anasir tua, dan tidak remaja.

Bawah Pokok akan membincangkan benda-benda serius dengan nada ringan dan santai. Usaha ini adalah untuk menjawab persoalan, “Kenapa bila nak cakap benda serius kena jadi macam orang tua?”

Bawah Pokok bukan tanah esklusif. Ini bukan wilayah milik kami. Ini wilayah semua.

Maka, kami amat mengalu-alukan penglibatan kamu-kamu-kamu dan kamu (ya, kamu yang sedang membaca dan kawan-kawan kamu juga) untuk bersama-sama kami, meluah rasa hati, mengekspresi diri, tak kira apa saja, dari sekecil-kecil perkara seperti insiden kamu sembelit dalam jamban, sehingga isu setinggi menara 100 tingkat dalam bajet 2011.

Kenali kami lebih lanjut melalui laman facebook dan blog kami.

Facebook : School of Freedom

Blog : School-of-freedom.blogspot.com

Twitter : (masih dalam proses)

Terima kasih kerana membaca. Jangan malu jangan segan untuk sertai kami, kerana kita semua adalah manusia bebas.

Gembira dapat kenal kamu. Semoga dapat berjumpa kamu lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muka 2:

Tabung Kebebasan Mahasiswa (Student Freedom Fund)

Idea oleh Edmund Bon daripada ‘Malaysian Bar Council Constitutional Law Committee’ untuk membantu keperluan kewangan 4 pelajar UKM.

Dilancarkan pada bulan Oktober 2010, diketuai oleh Lingswaran Singh.

Dana ini adalah untuk menarik perhatian awam untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membayar perbelanjaan mahkamah dan kos pentadbiran dalam rangka untuk mahasiswa UKM untuk meneruskan cabaran mereka terhadap Perkara 15 (5) (a) dari AUKU 1971 melalui prosedur undang-undang. Kos rayuan dan hukuman bayaran guaman yang dianggarkan mencapai lebih dari RM10, 000..

UKM4: DIHUKUM KERANA BELAJAR

UKM4 adalah empat mahasiswa sains politik yang telah ditangkap di pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, berikutan keterlibatan mereka sebagai pemerhati yang kebetulan menaiki van yang mengandungi risalah dan VCD milik petugas pilihanraya. Penahanan dan pendakwaan mereka di prosiding tatatertib UKM adalah bertentangan dengan lunas-lunas akademik dan hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

KRONOLOGI

22/4/ 2010 - 4 mahasiswa UKM telah ditahan sewaktu pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

13 hingga 16 Mei 2010 – Diarahkan hadir ke prosiding tatatertib UKM untuk menjawab pertuduhan berkaitan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, yang melarang mana-mana pelajar dari menunjukkan simpati atau sokongan kepada mana-mana parti politik.

1 /6/2010 - UKM4 telah memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menghalang pihak UKM dari melaksanakan tindakan tatatertib ke atas mereka, sehingga soal hak asasi dan hak jaminan perlembagaan diputuskan oleh Mahkamah.

2/8/2010 - Mahkamah telah mendengar submisi daripada peguam-peguam UKM 4 28 September 2010 untuk memutuskan soal pelanggaran Perlembagaan Persekutuan berkaitan provisi Seksyen 15(5)(a) AUKU 1971.

28/9/2010 – Keputusan AUKU adalah sah.

7/10/2010 Menghantar permohonan injuksi dan meminta kos guaman dihapuskan.

13/10/2010 Injuksi ditolak mahkamah dan kos guaman harus ditanggung mahasiswa.

18/10/2010 – Mengfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.

No comments:

Post a Comment