Monday, October 18, 2010

Student Freedom Fund

The Student Freedom Fund or ‘Tabung Kebebasan Mahasiswa‘ is an initiative born out an idea by Edmund Bon, Chairman of the Malaysian Bar Council Constitutional Law Committee to aid the financial needs for court disbursements for the four Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) students, dubbed the ‘UKM 4′ charged under Section 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 for allegedly campaigning in the Hulu Selangor by-election in April 2010.

The UKM 4 are: Muhammad Hilman bin Idham, Muhammad Ismail bin Aminuddin, Woon King Chai and Azlin Shafina. All are currently final year Political Science students in UKM (as of October 2010).

Appointed in October 2010, the Pro-Tem Committee Members of the fund consists of Lingswaran Singh, Izmil Amri Ismail and Karl Rafiq Nadzarin. They are tasked to maintain transparency of the funds, generously donated by the public to aid the four UKM students in their legal battles and also for all the future students in Malaysia, who might face the same predicament as the UKM 4.

Being embroiled in a long court battle have put the four UKM students under great financial strains, even with the counsels and solicitors (Malik Imtiaz Sarwar, Haris Ibrahim & Ashok Kandiah) providing legal assistance pro-bono. This fund is setup to appeal to the public for financial assistance to pay for the court disbursements and administrative fees in order for the UKM students to continue their challenge against Section 15(5)(a) of AUKU 1971 through legal procedures. Costs of appeal and disbursements are expected to reach upwards of RM10,000 and that amount is exclusive of the cost ordered by the court against the four UKM students.

Looking at the big picture, these four UKM students are not the first students in Malaysia to have their rights, supposedly guaranteed under the Federal Constitution blatantly abused and disregarded by the university, they will certainly not be the last. Therefore, this fund is also aimed to help any students in the future who may go through the same predicaments as the UKM 4.

Any financial contributions can be made to the following CIMB Account at the following details:

CIMB Acc. No.: 12490098507528
Name: Lingswaran Singh

 

 

plagiated from http://studentfreedomfund2010.wordpress.com. Please visit their site for more information about the Student Freedom Fund.

Tabloid Bawah Pokok – Siri 1

clip_image002

muka1:

Sekolah Kebebasan (School of Freedom)

Diasaskan oleh sekumpulan budak-budak U yang suka melepak, bersembang, berbincang, dan merapu.

Sebuah sekolah yang tiada di alam realiti, tanpa tanah, tanpa bangunan, tanpa bilik darjah, tanpa guru, tanpa peraturan, tanpa silibus, tanpa pak jaga, serta tanpa penyebok dalam hal ehwal pelajar.

Sekolah ini hanya wujud di dalam jiwa mereka yang merdeka.

Bawah Pokok merupakan suatu usaha daripada Sekolah Kebebasan (School of Freedom) mewujudkan satu budaya bebas berekspresi dalam universiti, dimulai di UM.

Bawah Pokok dijalankan di atas platform Sudut Pidato, namun pengisiannya dirojakkan kerana menganggap Sudut Pidato yang ada kini adalah bosan, dipenuhi anasir-anasir tua, dan tidak remaja.

Bawah Pokok akan membincangkan benda-benda serius dengan nada ringan dan santai. Usaha ini adalah untuk menjawab persoalan, “Kenapa bila nak cakap benda serius kena jadi macam orang tua?”

Bawah Pokok bukan tanah esklusif. Ini bukan wilayah milik kami. Ini wilayah semua.

Maka, kami amat mengalu-alukan penglibatan kamu-kamu-kamu dan kamu (ya, kamu yang sedang membaca dan kawan-kawan kamu juga) untuk bersama-sama kami, meluah rasa hati, mengekspresi diri, tak kira apa saja, dari sekecil-kecil perkara seperti insiden kamu sembelit dalam jamban, sehingga isu setinggi menara 100 tingkat dalam bajet 2011.

Kenali kami lebih lanjut melalui laman facebook dan blog kami.

Facebook : School of Freedom

Blog : School-of-freedom.blogspot.com

Twitter : (masih dalam proses)

Terima kasih kerana membaca. Jangan malu jangan segan untuk sertai kami, kerana kita semua adalah manusia bebas.

Gembira dapat kenal kamu. Semoga dapat berjumpa kamu lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muka 2:

Tabung Kebebasan Mahasiswa (Student Freedom Fund)

Idea oleh Edmund Bon daripada ‘Malaysian Bar Council Constitutional Law Committee’ untuk membantu keperluan kewangan 4 pelajar UKM.

Dilancarkan pada bulan Oktober 2010, diketuai oleh Lingswaran Singh.

Dana ini adalah untuk menarik perhatian awam untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk membayar perbelanjaan mahkamah dan kos pentadbiran dalam rangka untuk mahasiswa UKM untuk meneruskan cabaran mereka terhadap Perkara 15 (5) (a) dari AUKU 1971 melalui prosedur undang-undang. Kos rayuan dan hukuman bayaran guaman yang dianggarkan mencapai lebih dari RM10, 000..

UKM4: DIHUKUM KERANA BELAJAR

UKM4 adalah empat mahasiswa sains politik yang telah ditangkap di pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor, berikutan keterlibatan mereka sebagai pemerhati yang kebetulan menaiki van yang mengandungi risalah dan VCD milik petugas pilihanraya. Penahanan dan pendakwaan mereka di prosiding tatatertib UKM adalah bertentangan dengan lunas-lunas akademik dan hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

KRONOLOGI

22/4/ 2010 - 4 mahasiswa UKM telah ditahan sewaktu pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

13 hingga 16 Mei 2010 – Diarahkan hadir ke prosiding tatatertib UKM untuk menjawab pertuduhan berkaitan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, yang melarang mana-mana pelajar dari menunjukkan simpati atau sokongan kepada mana-mana parti politik.

1 /6/2010 - UKM4 telah memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang menghalang pihak UKM dari melaksanakan tindakan tatatertib ke atas mereka, sehingga soal hak asasi dan hak jaminan perlembagaan diputuskan oleh Mahkamah.

2/8/2010 - Mahkamah telah mendengar submisi daripada peguam-peguam UKM 4 28 September 2010 untuk memutuskan soal pelanggaran Perlembagaan Persekutuan berkaitan provisi Seksyen 15(5)(a) AUKU 1971.

28/9/2010 – Keputusan AUKU adalah sah.

7/10/2010 Menghantar permohonan injuksi dan meminta kos guaman dihapuskan.

13/10/2010 Injuksi ditolak mahkamah dan kos guaman harus ditanggung mahasiswa.

18/10/2010 – Mengfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Sunday, October 17, 2010

Lesson 1 : Luah Rasa Bawah Pokok

image

 

Anjuran Sekolah Kebebasan (School of Freedom) cawangan UM.


(Klik http://on.fb.me/9mnaJ4 untuk ke page kami)


11 pagi, bawah pokok besar, sebelah main-library UM.


Kami akan ber-gitar, ber-nyanyi, ber-puisi, ber-jerit, ber-lalak, (ber-gadoh dengan pakcik jaga barangkali) dan ber-apa-apa sajalah, dengan tujuan mahu menarik perhatian kamu, supaya menyumbang kepada dana Student Freedom Fund.


Juga mahu memulakan budaya kebebasan ber-ekspressi dalam bumi UM.


Maaf kerana lambat membuat publisiti, kami sengaja demi mengurangkan gangguan-gangguan yang mungkin datang.

 


KAWAN-KAWAN yang PERCUMA jemput datang!

 


Disclaimer: acara ini dibuat atas platform Speakers' Corner - cuma kami tak ber-pidato, kami ber-ekspressi dengan pelbagai seni.


Maka, kepada pihak-pihak atasan yang mungkin rasa nak arahkan pakcik jaga untuk kacau kami, kami nak ingatkan, Speakers' Corner tak perlukan kebenaran, bukan?


Mohon tidak ganggu kami. Kami hanya ber-nyanyi.

Selamat Datang Ke Sekolah Kebebasan – Ucapan Dis-Orientasi

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia manusia.

Sekiranya kamu membaca tulisan ini, saya nak beritahu kamu, ini bukanlah ucapan orientasi, ini adalah ucapan dis-orientasi, ucapan untuk menyuruh kamu berhenti mendengar dan mengikut apa yang telah diucap dan diajar kepada kamu selama ini.

 

Sudah berapa lama kamu hidup? 10 tahun? 20? 30? 40? 50? 60? 70? 80?

 

Dan sepanjang kamu hidup, sudah berapa lama-kah kamu menjalani hidup orang lain? Berapa kali-kah dalam hidup kamu, kamu mengorbankan kemahuan hati sendiri, semata-mata memenuhi kemahuan manusia lain? Walaupun adakala-nya (atau seringkali?) sebenarnya kamu tidak ikhlas, tidak kenal dan tidak sayang langsung kepada siapa yang telah kamu serahkan jiwa dan kehidupan kamu itu.

 

Aku tidak mahu membebel panjang, nanti dituduh men-doktrin kamu pula. Aku hanya ingin menyatakan di akhir ayat ini, mengapakah dalam kehidupan ini kita perlu terikat dengan terlalu banyak per-aturan per-aturan bodoh, yang kadang-kadang langsung tiada guna, yang pada hakikatnya diciptakan oleh manusia macam kamu, ada kepala, mata, tangan dan kaki.

 

Sama macam kamu.

 

Mereka sama macam kamu.

 

Namun dari manakah datangnya kuasa mereka untuk mengarah kamu membuat itu dan ini?

 

 

 

Bebaskan-lah jiwa-jiwa kamu.