Sunday, October 17, 2010

Selamat Datang Ke Sekolah Kebebasan – Ucapan Dis-Orientasi

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia manusia.

Sekiranya kamu membaca tulisan ini, saya nak beritahu kamu, ini bukanlah ucapan orientasi, ini adalah ucapan dis-orientasi, ucapan untuk menyuruh kamu berhenti mendengar dan mengikut apa yang telah diucap dan diajar kepada kamu selama ini.

 

Sudah berapa lama kamu hidup? 10 tahun? 20? 30? 40? 50? 60? 70? 80?

 

Dan sepanjang kamu hidup, sudah berapa lama-kah kamu menjalani hidup orang lain? Berapa kali-kah dalam hidup kamu, kamu mengorbankan kemahuan hati sendiri, semata-mata memenuhi kemahuan manusia lain? Walaupun adakala-nya (atau seringkali?) sebenarnya kamu tidak ikhlas, tidak kenal dan tidak sayang langsung kepada siapa yang telah kamu serahkan jiwa dan kehidupan kamu itu.

 

Aku tidak mahu membebel panjang, nanti dituduh men-doktrin kamu pula. Aku hanya ingin menyatakan di akhir ayat ini, mengapakah dalam kehidupan ini kita perlu terikat dengan terlalu banyak per-aturan per-aturan bodoh, yang kadang-kadang langsung tiada guna, yang pada hakikatnya diciptakan oleh manusia macam kamu, ada kepala, mata, tangan dan kaki.

 

Sama macam kamu.

 

Mereka sama macam kamu.

 

Namun dari manakah datangnya kuasa mereka untuk mengarah kamu membuat itu dan ini?

 

 

 

Bebaskan-lah jiwa-jiwa kamu.

No comments:

Post a Comment